Sabtu, 02 Juli 2011

Ciri-ciri seorang sahabat yang baik




Dikisahkan ada seorang bijak berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  •  Jika engkau memberikan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) darimu, dia akan menghargai dan mengingat kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, dia akan membantu kamu;
  • dan Jika kamu berdebat untuk mendapatkan sesuatu maka dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan.

0 komentar:

Posting Komentar